Kegelisahan Awie Wings


Advertisement

 Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, bukanlah satu nama baru di dalam industri seni tempatan. Berbakat besar dalam bidang nyanyian dan berkebolehan dalam bidang lakonan.

'Pemburu Bayang', 'Sembilu', 'Sembilu II', 'Tragedi Oktober', 'Merah', 'Maria Mariana II', 'Nafas Cinta', 'Bara', 'Getaran', 'Cuci' dan 'Duyung' merupakan antara deretan filem lakonannya.

Namun itu bukanlah alasan buat penyanyi yang sinonim sebagai vokalis kumpulan rock Wings itu untuk mendabik dada apabila terlibat sekali lagi di dalam pementasan teater muzikal 'Cuci' musim kedua yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Sebaliknya seperti pelakon lain, dia tetap berasa gelisah dan sedikit tertekan apabila memikirkan mengenai respon peminat serta harapan pihak produksi yang pastinya mengharapkan kejayaan seperti mana pementasan 'Cuci' musim pertama.

"Walaupun pernah terlibat dengan 'Cuci' untuk musim pertama, saya tidak boleh terlalu yakin dengan diri sendiri. Saya juga tidak boleh tidak yakin dengan apa yang saya lakukan. Jadi untuk menghilangkan rasa gelisah dan menambah keyakinan, saya akan berusaha untuk memberikan lakonan terbaik di dalam teater ini.

"Selain itu, di dalam teater ini terlalu ramai nama-nama besar seperti Hans Isaac, Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Harith Iskander dan Nabil yang sebelum ini pernah menerima pelbagai anugerah.

"Oleh sebab itu, saya perlu mencabar diri saya agar dapat memberikan lakonan yang baik. Kalau tak dapat berlakon lebih baik daripada mereka semua, sekurang-kurangnya setanding dengan tahap lakonan mereka," katanya yang mengakui latihan secara intensif yang dilakukan banyak membantu menambah keyakinan diri di dalam setiap pelakon.

Ditanya mengenai penglibatan Jaclyn Victor dan Nabil yang pertama kali terlibat dengan pementasa tersebut, Awie yang cukup sinonim dengan lagu "Sejati", "Tragedi Oktober" dan "Nur Nilam Sari" memberitahu dia tiada sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Jac mahupun Nabil.

Katanya kedua-dua pendatang baru itu mempunyai bakat yang baik dan mampu pergi lebih jauh di dalam bidang teater asalkan mereka serius dengan apa yang mereka usahakan.

"Mereka sentiasa memberikan komitmen yang bukan sedikit. Untuk memmastikan teater ini benar-benar berjaya, semua pihak perlu berkorban masa dan tenaga.

"Ini kerana sesi latihannya sahaja sudah mengambil masa yang panjang supaya pada malam pementasan kelak, segala-galanya akan berjalan seperti yang dirancang. Saya bersyukur kerana isteri dan anak-anak memahami kerjaya saya yang memerlukan saya keluar awal pagi dan balik lewat malam," ujar Awie yang pernah menghasilkan empat album solo iaitu 'Satu', 'O-tak', 'Awie Unplugged' dan 'Santai'.

Perlu lebih banyak menari
Diusik dengan persoalan mengenai keistimewaan 'Cuci' musim kedua jika dibandingkan dengan musim pertama, Awie mengakui segala-galanya lebih baik di dalam musim kedua. Ini kerana semua pihak termasuklah pelakon, pengarah serta produksi bercita-cita untuk menghasilkan sebuah teater yang mampu dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

"Mana ada orang yang mahu buat benda yang lebih teruk. Sebagai pelakon, saya mahu memastikan lakonan saya lebih baik daripada yang terdahulu. Begitu juga dengan pengarah.

"Namun apa yang mencabar saya untuk 'Cuci' musim kedua ialah saya perlu menari lebih banyak dan langkah tarian yang direka oleh Pat Ibrahim pastinya lebih sukar.

"Pat memang terkenal sebagai perekatari yang kreatif dan katanya dia yakin semua pelakon dalam 'Cuci' musim kedua mampu menari dengan lebih baik. Itulah yang buat saya sedikit resah namun yakin mampu melakukannya sepertimana yang dikehendakinya," ujarnya sambil tersenyum.

Bercerita mengenai aktiviti seninya yang lain, Awie memberitahu dia akan tampil dengan sebuah lagu raya terbaru tidak lama lagi. Dalam masa yang sama, dia sedang memikirkan 'material' untuk album terkininya.
( gua.com.my  )

Advertisement

{ 4 Comments... read them below or add one }

munawar am said...

apa ini penyanyi Malaysia yahhh? perasaan pernah dengar group Wings tempo dulu?

Dwi said...

iyo mas,, penyanyi thn 90'an waktu jamannya lagu malaysia populer di indonesia

Rizky2009 said...

saya sebenarmnya sangat ngefans sama groub musil asal malaysie era tahun 90'an saat masih jaya2nya musik malaysia berkibar selama beberapa tahun dan sempat merajai belantika musik indonesia, hampir semua groub band malaysia era 90'an saya kenal dan hafal semua lagunya. mulai awie (wings), dinamik, spiranza, olan, lela, exist, new boys, era fazira, arrow, eye, stings, uks, spin, GT boys,lestari, ekamatra (Rahmad), dan masih banyak lagi yang lainnya, tp saya g mungkin ketemu deh sama mereka

Dwi said...

@ Risky: memang lagu malaysia tempo dulu enak di dengerin mas, bahkan sampai sekarang. Rata-rata group musik 90an sekarang sudah pada ga aktif atau terpecah.

Post a Comment